VILNIUS: Lithuania mengisytiharkan darurat dan meminta Parlimen meluluskan penggunaan tentera bagi menyokong polis serta pengawal sempadan susulan gelombang belon penyeludup dari Belarus yang berulang kali mengganggu trafik udara sejak beberapa bulan lalu. Lapangan Terbang Vilnius dilaporkan beberapa kali ditutup akibat belon cuaca yang menurut Lithuania dihantar oleh penyeludup rokok dan dianggap sebagai satu serangan hibrid oleh Belarus yang merupakan sekutu rapat Russia. “Keadaan darurat diisytiharkan bukan sahaja kerana gangguan terhadap…










