ISTANBUL: Ketua Perisikan Turkiye, Ibrahim Kalin bertemu dengan delegasi kumpulan Hamas, di Istanbul bagi membincangkan perjanjian gencatan senjata di Gaza. Delegasi itu diketuai oleh anggota Biro Politik Hamas dan ketua pasukan rundingan, Khalil al-Hayya. Dalam pertemuan tersebut, delegasi Hamas menegaskan mereka mematuhi terma-terma gencatan senjata dan turut memberikan maklumat mengenai pelanggaran yang dilakukan oleh Israel. Perbincangan turut menumpukan usaha intensif Turkiye sebagai negara penjamin untuk memastikan pelaksanaan gencatan senjata di…










