ODDAR MEANCHEY: Penduduk Kemboja di wilayah Oddar Meanchey yang bersempadan dengan wilayah Surin dan Si Sa Ket, Thailand, mula dipindahkan ke pusat perlindungan pada hari ini susulan pertempuran rentas sempadan antara kedua-dua negara. Menurut laporan Khmer Times, penduduk menaiki kenderaan sambil membawa barang keperluan asas dan diarahkan oleh pihak berkuasa untuk meninggalkan kawasan berisiko. Proses pemindahan itu berlaku selepas jet pejuang F-16 Tentera Udara Thailand menyerang pos-pos tentera Kemboja sebagai…










