SYDNEY: Keluarga mangsa tragedi tembakan di Pantai Bondi mendesak Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menubuhkan satu suruhanjaya siasatan diraja peringkat kebangsaan bagi menyiasat peningkatan mendadak antisemitisme di negara itu. Desakan itu dibuat susulan serangan pada 14 Disember lalu ketika sambutan Hanukkah di Pantai Bondi yang mengorbankan 15 orang dan mencederakan puluhan yang lain. Pihak berkuasa Australia mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai serangan pengganas bermotifkan antisemitisme. Dalam sepucuk surat yang dikeluarkan oleh…










