HONG KONG: Keluarga tokoh media prodemokrasi Hong Kong, Jimmy Lai bimbang mengenai keadaan kesihatannya selepas mendakwa beliau mengalami penyusutan berat badan ketara, kuku bertukar kehijauan sebelum tanggal serta kerosakan gigi sejak dipenjara pada 2020. Jimmy yang bakal mencecah usia 78 tahun, terus ditahan ketika Beijing memperketat kawalan terhadap Hong Kong yang sebelum ini dijanjikan sistem pentadbiran berasingan. Menurut anak-anaknya, Jimmy yang menghidap diabetes ditempatkan dalam kurungan bersendirian tanpa pendingin hawa…










