HONG KONG: Seramai 14 suspek ditahan pihak berkuasa Hong Kong berhubung kebakaran pangsapuri Wang Fuk Court di Tai Po, yang meragut 151 nyawa dan menjadi tragedi kebakaran kediaman paling dahsyat sejak 1980. Siasatan awal mendapati jaring keselamatan pada bahagian luar bangunan adalah “substandard” dan gagal menghalang api daripada merebak dengan pantas. Kebakaran yang berlaku ketika kerja pengubahsuaian melibatkan hampir 2,000 unit itu menyelubungi blok-blok kediaman yang dipasang perancah buluh, jaring…










