GAZA: Israel mengumumkan lintasan Rafah antara Gaza dan Mesir akan dibuka semula dalam beberapa hari lagi bagi membolehkan penduduk Palestin keluar dari wilayah berkenaan. Dalam satu kenyataan, Badan Penyelarasan Ketenteraan Israel (COGAT) memaklumkan, proses keluar akan difasilitasi melalui penyelarasan dengan Mesir selepas kelulusan keselamatan daripada tentera rejim dan di bawah pengawasan misi Kesatuan Eropah (EU). Mekanisme tersebut dikatakan sama seperti yang digunakan ketika pembukaan sementara lintasan itu pada Januari lalu.…










