NEW DELHI: Syarikat penerbangan India, IndiGo, kini berdepan kemarahan penumpang yang semakin memuncak berikutan kelewatan mengesan dan menghantar ribuan beg yang terbiar selepas insiden gangguan penerbangan besar-besaran minggu lalu. IndiGo yang menguasai 65 peratus pasaran domestik, telah memohon maaf selepas membatalkan lebih 2,000 penerbangan akibat kegagalan merancang lebih awal terhadap peraturan baharu mengenai tempoh rehat juruterbang, yang menyebabkan kekurangan kru. Gangguan itu menjejaskan puluhan ribu penumpang, mengganggu jadual perjalanan, percutian…










