LONDON: Penduduk dikejutkan dengan kemunculan fenomena cuaca jarang berlaku apabila langit bertukar menjadi rona merah jambu terang di beberapa kawasan di tenggara England. Menurut ahli meteorologi Pejabat Meteorologi Britain (Met Office), fenomena itu berlaku apabila cahaya matahari menembusi zarah halus seperti habuk atau kelembapan di udara. Proses tersebut menapis cahaya biru dan membiarkan warna merah serta merah jambu lebih dominan. Jurucakap Met Office, Graham Madge berkata, fenomena itu ibarat matahari…










