KAWHMU: Seorang bekas tahanan junta tentera Myanmar, Kyaw Kyaw Htwe tampil sebagai calon pilihan raya parlimen dalam pilihan raya yang diuruskan tentera bermula Ahad ini. Dia berhasrat merebut kerusi yang pernah disandang tokoh demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi. Kyaw Kyaw Htwe, 60, yang pernah dipenjara selama kira-kira 15 tahun kerana aktivisme pro-demokrasi, menegaskan penyertaannya dalam pilihan raya itu bukan pengkhianatan prinsip, sebaliknya satu kompromi demi kestabilan negara yang…










