WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengugut kenakan sekatan baharu terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sekiranya tribunal itu enggan memberi jaminan tidak akan menyiasat Trump dan pegawai kanan beliau. AS juga menuntut ICC menghentikan siasatan terhadap pemimpin Israel berkaitan konflik Gaza dan menamatkan siasatan terdahulu terhadap tentera AS di Afghanistan. Sekiranya tuntutan ini tidak dipenuhi, AS berkemungkinan mengenakan sekatan tambahan ke atas pegawai ICC atau tribunal itu sendiri.…










