DHAKA: Sekurang-kurangnya enam anggota pengaman Bangladesh terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan dron di sebuah pangkalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Abyei, Sudan, menurut Tentera Bangladesh pada Sabtu. “Keadaan di kawasan berkenaan masih tidak stabil dan pertempuran dengan pengganas masih berterusan,” menurut kenyataan itu. Kenyataan itu turut memaklumkan, pihak berkuasa berusaha menyediakan rawatan perubatan serta menjalankan operasi menyelamat bagi mangsa yang cedera. Bangladesh merupakan antara penyumbang terbesar kepada misi…










