NEW YORK CITY: Calon Demokrat, Zohran Mamdani dipilih menjadi Datuk Bandar New York ke-111 selepas menewaskan bekas gabenor, Andrew Cuomo dan calon Republikan Curtis Sliwa, sekali gus mencipta sejarah sebagai datuk bandar Muslim pertama di bandar itu. Pada usia 34 tahun, beliau juga menjadi datuk bandar termuda AS dalam tempoh lebih satu abad. Kemenangannya menandakan kebangkitan luar biasa daripada seorang penggubal undang-undang negeri yang kurang dikenali kepada pemimpin bandar terbesar…










