ANKARA: Platform penstriman video YouTube memadam lebih 700 video serta menutup akaun milik tiga pertubuhan hak asasi manusia Palestin utama tanpa sebarang notis, lapor The Intercept pada Selasa, dipetik Anadolu Agency. Tiga pertubuhan yang terjejas ialah Al-Haq, Al Mezan Center for Human Rights, dan Palestinian Centre for Human Rights (PCHR), kesemuanya aktif menerbitkan rakaman dan laporan yang mendakwa berlakunya pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh rejim Zionis di Gaza serta Tebing Barat…










