SYDNEY: Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai tukang tilik nasib dan pakar feng shui bersama anak perempuannya, didakwa atas kesalahan menipu mangsa berbangsa Vietnam membabitkan jumlah hampir A$70 juta (RM288 juta). Wanita berusia 53 tahun itu ditahan di kawasan mewah Dover Heights, Sydney pada Rabu bersama anak perempuannya berusia 25 tahun. Polis berkata, kedua-duanya merupakan sebahagian daripada satu sindiket penipuan dan pengubahan wang haram terancang. Menurut polis, suspek utama didakwa…










