WASHINGTON: Presiden AS, Donald Trump mengumumkan Arab Saudi ditetapkan sebagai sekutu utama bukan anggota NATO, semasa sidang akhbar bersama Putera Mahkota Mohammed bin Salman di Rumah Putih. Trump berkata, pengumuman itu menandakan kerjasama ketenteraan antara AS dan Arab Saudi akan dipertingkatkan. Beliau menyifatkan status itu sebagai perkara yang amat penting bagi Riyadh. “Malam ini, saya dengan sukacitanya mengumumkan kita akan membawa kerjasama ketenteraan ke tahap lebih tinggi dengan secara rasmi…









