Trump teruskan bantuan program makanan, tapi potong separuh amaun

Trump teruskan bantuan program makanan, tapi potong separuh amaun

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pemberian bantuan sebahagian kepada penerima kupon makanan ketika penutupan kerajaan persekutuan berlarutan dan menghampiri tempoh paling lama dalam sejarah negara itu.

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) dalam satu kenyataan berkata, hampir 42 juta penerima di bawah Program Bantuan Pemakanan Tambahan (SNAP) akan terus menerima bantuan, namun hanya 50 peratus daripada jumlah amaun biasa yang disalurkan ke dalam akaun mereka.

Langkah itu diambil menggunakan dana kontingensi selepas dana asal program tersebut kehabisan pada Sabtu lalu akibat penutupan kerajaan yang kini memasuki hari ke-34.

Pengumuman itu dibuat selepas Trump memaklumkan pentadbirannya akan mematuhi perintah mahkamah untuk menyalurkan dana kecemasan, selepas menolak berbuat demikian atas alasan undang-undang.

Hakim John McConnell dari Mahkamah Daerah Rhode Island sebelum itu memutuskan pentadbiran tidak boleh menolak pembiayaan SNAP hanya kerana penutupan kerajaan.

“Saya telah mengarahkan peguam untuk mendapatkan penjelasan mahkamah tentang cara membiayai SNAP secara sah secepat mungkin.

Jika diberikan panduan undang-undang yang sesuai, ia akan menjadi suatu kehormatan bagi saya untuk menyediakan pembiayaan itu,” kata Trump dalam Truth Social.

Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent berkata, dana dijangka mula disalurkan menjelang Rabu dan menjelaskan proses itu perlu mengikut garis panduan undang-undang yang betul.

Beberapa negeri termasuk New York, Oregon dan Virginia turut mengisytiharkan darurat bagi menyediakan dana sementara untuk membantu penerima berpendapatan rendah.

Penutupan kerajaan ini turut menyebabkan barisan panjang di bank makanan di seluruh negara, dengan beberapa stadium di California dan Texas dijadikan pusat pengagihan makanan.

Walaupun langkah pemberian bantuan separa ini melegakan sementara, krisis pembiayaan masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN