WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump dilaporkan sedang meneliti beberapa dana persekutuan yang disalurkan kepada New York City, susulan kemenangan Zohran Mamdani dalam pilihan raya Datuk Bandar, dengan kemungkinan untuk digantung atau dibatalkan. Menurut seorang pegawai Rumah Putih pada Isnin lalu, langkah itu menunjukkan potensi tindak balas terhadap kemenangan ahli sosialis demokratik berkenaan. Pentadbiran Trump kini menunggu keputusan presiden untuk meluluskan pembekuan dana berkenaan, kata pegawai yang enggan dinamakan kerana perkara…










