JAKARTA: Indonesia melatih sehingga 20,000 anggota tenteranya bagi melaksanakan tugas berkaitan kesihatan dan pembinaan sebagai persediaan untuk penyertaan dalam operasi pengaman di Gaza, demikian menurut Menteri Pertahanan, Sjafrie Sjamsoeddin. Indonesia, negara dengan penduduk Islam terbesar di dunia, merupakan antara negara yang telah dibincangkan oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menyertai pasukan penstabilan multinasional di wilayah bergolak itu, selain Azerbaijan, Mesir dan Qatar. Menurut laporan Reuters minggu lalu, Washington telah menyediakan draf…










