WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila ‘menyerang’dua wartawan wanita dalam tempoh beberapa hari, termasuk memanggil seorang daripadanya ‘piggy’ selepas ditanya berhubung isu pesalah seksual Jeffrey Epstein. Tindakan itu menimbulkan kritikan meluas terhadap sikap agresif presiden tersebut terhadap media. Insiden terkini berlaku di Rumah Putih semalam ketika Trump menerima kunjungan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman. Wartawan ABC News, Mary Bruce, mengemukakan soalan mengenai…










