SYDNEY: Saintis Australia menemukan spesies lebah baharu bertanduk kecil dengan rupa menakutkan yang dinamakan ‘Megachile Lucifer’. Serangga aneh itu ditemukan di kawasan Goldfields di Australia Barat, menurut pengumuman Universiti Curtin pada Selasa. Saintis Sekolah Sains Molekul dan Kehidupan Universiti Curtin, Kit Prendergast menemui lebah itu ketika menjalankan kajian terhadap sejenis bunga liar yang diancam kepupusan di Banjaran Bremer dan terus tertarik dengan penampilan unik serangga berkenaan. “Lebah betina itu mempunyai…










