KHARTOUM: Ratusan orang awam dikebumikan dalam kubur besar manakala sebahagian lagi dibakar oleh pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di bandar El-Fasher, barat Sudan. Dalam satu kenyataan, Rangkaian Doktor Sudan berkata, RSF mengutip ratusan mayat dari jalan-jalan utama dan kawasan kejiranan di El-Fasher sebelum menanam sebahagian mangsa dalam kubur besar serta membakar selebihnya bagi menutup bukti jenayah terhadap penduduk awam. Tindakan tersebut disifatkan sebagai ‘genosid sepenuhnya’ dan ‘pelanggaran terang-terangan…










