WASHINGTON: Kongres Amerika Syarikat (AS) akhirnya menamatkan penutupan kerajaan (shutdown) paling lama dalam sejarah negara itu semalam, selepas 43 hari yang melumpuhkan pentadbiran persekutuan dan menyebabkan ratusan ribu penjawat awam tidak dibayar gaji. Dewan Perwakilan yang dikuasai Republikan meluluskan pakej perbelanjaan kerajaan yang telah diluluskan Senat, bagi membolehkan jabatan dan agensi persekutuan beroperasi semula. Pengundian itu dijalankan mengikut garis parti, dengan ramai anggota Demokrat kecewa kerana menganggap kepimpinan mereka beralah…










