JOHANNESBURG: Para pemimpin G20 berikrar dalam deklarasi sidang kemuncak mereka untuk bekerja ke arah mencapai keamanan yang adil, menyeluruh dan berkekalan di Sudan, Republik Demokratik Congo, wilayah Palestin dan Ukraine. “Dipandu oleh matlamat dan prinsip Piagam PBB secara keseluruhannya, kami akan berusaha bagi mewujudkan keamanan yang adil, menyeluruh dan berkekalan di Sudan, Republik Demokratik Congo, Wilayah Palestin yang diduduki dan Ukraine,” menurut deklarasi akhir sidang kemuncak di Johannesburg, Afrika Selatan.…










