Pelan Gaza gagal bawa damai, sekadar ilusi ‘diamkan’ dunia

Pelan Gaza gagal bawa damai, sekadar ilusi ‘diamkan’ dunia

KEPULAN asap akibat bedilan udara oleh tentera Israel di Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pelan damai Gaza gagal membawa keamanan apabila Israel dan Hamas sekali lagi melanggar sempadan yang mereka sendiri berjanji untuk dihormati.

Pelan yang diumumkan kepada dunia sebagai kejayaan kemanusiaan itu sepatutnya menjadi permulaan kepada ketenangan selepas dua tahun kemusnahan besar di wilayah Gaza. Namun dalam tempoh beberapa minggu selepas pengumumannya, pelanggaran gencatan senjata meningkat dan nyawa kembali melayang.

Menurut laporan antarabangsa, pelan berkenaan tidak lebih daripada usaha politik untuk menunjukkan kemajuan diplomatik, sedangkan realitinya, keamanan masih jauh daripada dicapai.

Israel meneruskan serangan udara dengan alasan keselamatan, manakala Hamas pula melancarkan roket secara berkala dan enggan mematuhi syarat pertukaran tahanan.

Disebabkan itu, rakyat awam terus menanggung penderitaan akibat pertempuran berpanjangan. Di sebalik laporan mengenai pelanggaran gencatan senjata dan insiden keselamatan, jelas pelan berkenaan tidak pernah menangani punca sebenar konflik yang telah berlarutan selama bertahun-tahun.

Negara-negara Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) dan kuasa Eropah menyambut baik pelan Gaza sebagai langkah ke arah meredakan konflik. Mereka menekankan bantuan kemanusiaan, pemulihan infrastruktur serta pembinaan semula sekolah dan hospital sebagai keutamaan pelaksanaan pelan tersebut.

Namun, menurut penganalisis, sokongan itu lebih kepada usaha membersihkan imej Barat yang dikritik kerana gagal menghentikan perang yang meragut ribuan nyawa rakyat Palestin. Bagi

Washington dan Brussels, pelan berkenaan sebagai cara memulihkan reputasi antarabangsa mereka

Israel pula menggunakan pelan itu untuk menunjukkan kesediaan bekerjasama dengan komuniti antarabangsa sambil mengekalkan sekatan dan kawalan ketat terhadap sempadan Gaza. Hamas melihat pelan itu sebagai ruang untuk mengukuhkan kedudukan dan mempersiapkan semula kekuatan ketenteraan mereka.

Menurut laporan media tempatan, kedua-dua pihak mempergunakan kelemahan pelan tersebut untuk kepentingan masing-masing, manakala pihak pengantara antarabangsa gagal menguatkuasakan perjanjian secara menyeluruh.

Keadaan itu menyebabkan gencatan senjata yang rapuh kembali hancur apabila pertempuran tercetus semula di beberapa kawasan termasuk Rafah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN