NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menghubungi calon Datuk Bandar New York daripada Parti Demokrat, Zohran Mamdani bagi menyatakan sokongan dan menawarkan dirinya sebagai ‘penasihat tidak rasmi’ sekiranya Mamdani memenangi pilihan raya umum yang dijadualkan berlangsung Selasa ini. Menurut The New York Times, Obama memuji pendekatan kempen Mamdani yang segar dan berani menentang dua pencabar utamanya, bekas Gabenor New York Andrew Cuomo dan calon Republikan Curtis Sliwa.…

								
											








