JUBA: Lebih separuh penduduk Sudan Selatan dijangka berdepan krisis kelaparan teruk atau lebih buruk sepanjang musim kemarau 2026, menurut laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) yang dikeluarkan semalam. Laporan itu menjangkakan sekitar 7.56 juta orang akan mengalami kekurangan makanan antara April hingga Julai 2026, manakala lebih dua juta kanak-kanak dijangka menderita kekurangan zat makanan akut. Menurut laporan berkenaan, tahap kebuluran dan kekurangan zat makanan di Sudan Selatan kekal pada…










