SEOUL: Korea Utara mengecam perjanjian antara Seoul dan Washington bagi pembinaan kapal selam berkuasa nuklear, dengan menyifatkan langkah itu bakal mencetuskan ‘fenomena domino nuklear’ di rantau ini. Menurut laporan agensi berita rasmi Korea Utara, Korean Central News Agency (KCNA), perjanjian itu dianggap sebagai percubaan berbahaya untuk menghadapi Pyongyang serta mengancam keselamatan tentera di rantau Asia-Pasifik. Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung, minggu lalu mengumumkan pemeteraian perjanjian keselamatan dan perdagangan bersama Amerika…









