PHNOM PENH: Kerajaan Kemboja memindahkan ratusan penduduk dari sebuah kampung berhampiran sempadan yang dipertikaikan dengan Thailand, sehari selepas seorang penduduk maut dalam insiden tembakan antara kedua-dua negara. Tembakan pada Rabu itu berlaku dua hari selepas seorang askar Thailand kehilangan sebahagian kaki akibat jerangkap samar ketika melakukan rondaan di kawasan sempadan lain. Thailand menuduh Kemboja bertanggungjawab terhadap letupan itu dan menggantung pelaksanaan gencatan senjata yang sebelum ini dirunding dengan campur tangan…










