JOHANNESBURG: Ketibaan 153 penduduk Palestin di Afrika Selatan minggu lalu menimbulkan tanda tanya dan menunjukkan ‘agenda’ jelas untuk membersihkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat, kata Menteri Luar negara itu. Kumpulan tersebut tiba di Johannesburg pada Khamis dengan penerbangan sewaan tanpa cop keluar Israel pada pasport mereka. “Kami sebagai kerajaan Afrika Selatan berasa curiga terhadap keadaan sekeliling ketibaan pesawat tersebut,” kata Menteri Luar Ronald Lamola kepada pemberita. Pihak berkuasa…










