LONDON: Sebuah kapal risik Russia, Yantar menceroboh perairan Britain dan menghala pancaran laser ke arah juruterbang tentera, kata Menteri Pertahanan Britain, John Healey. Dalam ucapan di London, Healey berkata kapal itu berada di pinggir perairan Britain, utara Scotland dan direka untuk mengumpul maklumat serta memetakan kabel bawah laut Britain. Pesawat tentera RAF Poseidon-8 dikerahkan mengawasi pergerakan kapal berkenaan dan juruterbang mengesahkan mereka menjadi sasaran laser. “Tindakan Russia ini amat berbahaya.…










