PARIS: Seorang lelaki Perancis yang ketiadaan wang berjaya menampung kos perkahwinannya dengan menjual ruang iklan pada sut perkahwinan miliknya kepada 26 syarikat pemula, sekali gus menjadikan dirinya papan iklan bergerak. Seorang jurujual dari Perancis, Dagobert Renouf lama berhasrat untuk mengahwini pilihan hatinya, Anna Plynina namun masalah kewangan yang dihadapi hingga menyebabkan dia hampir menjadi gelandangan tidak menghalangnya memberikan majlis idaman kepada wanita yang dicintainya itu. Pada Julai lalu, Renouf mengumumkan…










