PETALING JAYA: Ketika dunia memberi tumpuan penuh kepada konflik Gaza, pergolakan di Sudan yang bermula sejak 2023 terus berlaku tanpa liputan meluas, menyebabkan ribuan mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman yang tidak terbayang. Seorang warga Sudan yang kini menetap di negara ini, Hussam Shamseldin Zenalabdin Mohamed Ali, 35, berkata, episod keganasan seksual dan penyeksaan semakin menjadi-jadi, terutamanya terhadap mangsa wanita dan kanak-kanak. “Kes rogol berlaku di mana-mana. Ada…










