BEIJING: Sebuah jambatan di Stesen Janakuasa Hidro Shuangjiangkou di barat daya China runtuh pada Selasa. Seorang pegawai dari Daerah Barkam, wilayah Sichuan, memberitahu Global Times, Jambatan Hongqi di stesen itu runtuh pada petang semalam, namun tiada kecederaan dilaporkan. Video yang tular dalam talian menunjukkan struktur jambatan terjatuh ke dalam sungai, menghasilkan awan debu yang besar. Pegawai, yang enggan dinamakan, berkata semasa rondaan pada Isnin, kakitangan berkaitan mengesan retakan pada permukaan…










