REYKJAVIK: Kerajaan Iceland mengisytiharkan kemungkinan keruntuhan sistem arus utama Lautan Atlantik sebagai ancaman wujud kepada keselamatan negara dan sudah mula merangka pelan kesiapsiagaan menghadapi senario terburuk. Sistem berkenaan, dikenali sebagai Peredaran Terbalik Meridional Atlantik (AMOC), berfungsi seperti tali sawat raksasa yang menggerakkan air suam dari kawasan tropika ke utara Atlantik. Arus aliran teluk memainkan peranan utama dalam sistem ini, mengalirkan air suam sepanjang Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) menuju ke…









