Emma Stone dinobatkan wanita tercantik dunia

Emma Stone dinobatkan wanita tercantik dunia

EMMA STONE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pelakon terkenal Hollywood, Emma Stone dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia berdasarkan satu kajian menggunakan formula purba Yunani dikenali sebagai Golden Ratio of Beauty Phi yang mengukur tahap kesempurnaan fizikal seseorang.

Menurut laporan portal antarabangsa, hasil kajian dijalankan oleh Dr. Julian De Silva dari Centre For Advanced Facial Cosmetic and Plastic Surgery di London mendapati bintang filem La La Land dan Poor Things itu memperoleh markah 94.72 peratus, menjadikannya paling hampir dengan ukuran kesempurnaan wajah mengikut nisbah matematik tersebut.

De Silva menjelaskan Stone mendapat markah tertinggi bagi bentuk kening dan garis rahang selain bibir yang dinilai seimbang serta harmoni.

Beliau berkata, ‘kemenangan’ pelakon itu adalah hasil konsistensi kecantikan wajahnya dalam semua kategori yang diukur.

Tempat kedua disenaraikan pelakon filem Dune, Zendaya, dengan markah 94.37 peratus, diikuti pelakon Slumdog Millionaire, Freida Pinto, yang mencatat 94.34 peratus.

Kajian tersebut turut menyenaraikan selebriti lain termasuk Vanessa Kirby, Olivia Rodrigo, Margot Robbie, dan Beyoncé dalam kelompok 10 wanita tercantik dunia.

Formula Golden Ratio, yang diasaskan oleh sarjana Yunani purba, menilai kecantikan berdasarkan nisbah angka 1.618 (Phi), di mana semakin hampir ciri wajah atau tubuh kepada angka ini, semakin dianggap sempurna. Kaedah ini turut digunakan oleh Leonardo Da Vinci dalam karya terkenalnya, Vitruvian Man.

Menurut De Silva, teknologi pemetaan wajah berkomputer yang digunakan dalam kajian ini membolehkan saintis mengenal pasti ciri-ciri utama yang dianggap menarik dan seimbang pada wajah manusia.

Kaedah itu juga digunakan dalam bidang pembedahan kosmetik bagi membantu merancang hasil lebih semula jadi.

De Silva sebelum ini menggunakan formula sama untuk menilai tahap ketampanan lelaki, yang menyaksikan pelakon Aaron Taylor-Johnson muncul sebagai lelaki paling kacak di dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN