Didakwa bunuh suami kaki pukul, wanita Iran berdepan hukuman gantung

Didakwa bunuh suami kaki pukul, wanita Iran berdepan hukuman gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Seorang wanita yang berkahwin pada usia kanak-kanak berdepan hukuman mati di Iran bagi tuduhan membunuh suaminya yang didakwa sering mendera, kecuali jika dia dapat mengumpul 10 bilion toman (RM441,240) sebagai bayaran diyat atau ‘wang darah” kepada keluarga mangsa sebelum Disember ini.

Goli Kouhkan, 25, kini berada di penjara pusat Gorgan di utara Iran. Dia ditangkap pada usia 18 tahun selepas didakwa membunuh suaminya pada Mei 2018 dan dikenakan hukuman qisas iaitu balasan setimpal kerana didapati terlibat dalam kes kematian tersebut.

Aktivis hak asasi manusia menyifatkan kes Kouhkan sebagai simbol layanan diskriminasi terhadap wanita dan golongan minoriti di Iran, di mana perkahwinan bawah umur dibenarkan dan perlindungan undang-undang terhadap keganasan rumah tangga amat terhad.

Mahmood Amiry-Moghaddam daripada pertubuhan Iran Human Rights (IHR) yang berpangkalan di Norway mengecam penggunaan hukuman mati di Iran, sambil menyatakan bahawa jumlah pelaksanaan hukuman tersebut kini meningkat.

“Kouhkan berasal daripada minoriti etnik, dia seorang wanita dan hidup dalam kemiskinan dan mewakili golongan paling lemah dalam masyarakat Iran.

“Hukuman ini melambangkan bagaimana pihak berkuasa menggunakan hukuman mati untuk menanam rasa takut serta memperlihatkan undang-undang dan struktur sosial yang bersifat diskriminasi,” katanya.

Kouhkan berkahwin dengan sepupunya pada usia 12 tahun, mengandung setahun kemudian dan melahirkan seorang anak lelaki pada usia 13 tahun.

Menurut IHR, Kouhkan mengalami penderaan fizikal dan emosi selama bertahun-tahun malah dia pernah melarikan diri ke rumah ibu bapanya, namun bapanya menolak kepulangannya.

Pada hari kejadian, Kouhkan dikatakan menemui suaminya memukul anak mereka yang berusia lima tahun sebelum menghubungi sepupunya untuk meminta bantuan.

Pertengkaran tercetus antara sepupu dan suaminya yang akhirnya menyebabkan kematian lelaki itu. Kouhkan kemudian menghubungi ambulans dan melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa namun, dia dan sepupunya ditahan.

Ketika disoal siasat tanpa kehadiran peguam dan di bawah tekanan, Kouhkan yang buta huruf dipaksa menandatangani pengakuan bersalah. Hanya selepas itu mahkamah melantik seorang peguam untuk mewakilinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN