NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam menyaman British Broadcasting Corporation (BBC) selepas penyiar Britain itu didakwa melakukan suntingan menyeleweng terhadap ucapannya pada 2021, ketika penyokong beliau menyerbu bangunan Capitol Hill di Washington. Dalam surat rasmi yang dilihat oleh Reuters, pasukan peguam Trump memberi amaran BBC perlu menarik balik dokumentari tersebut selewat-lewatnya Jumaat ini atau berdepan tindakan undang-undang bernilai tidak kurang daripada AS$1 bilion (RM4.8 bilion). Surat itu…










