BEIJING: China pada Isnin mengumumkan akan menggantung selama setahun ‘caj khas pelabuhan’ yang dikenakan ke atas kapal-kapal Amerika Syarikat (AS), sejajar dengan langkah Washington menangguhkan levi terhadap kapal buatan atau dikendalikan China, satu lagi tanda gencatan dalam perang perdagangan antara dua kuasa besar dunia itu. AS dan China terlibat dalam perang tarif dan perdagangan yang tegang selama berbulan-bulan, namun kedua-duanya bersetuju untuk menarik balik sebahagian langkah hukuman selepas pertemuan antara…










