LONDON: Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam memohon maaf kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung satu dokumentari yang didakwa pasukan guaman beliau sebagai palsu dan berunsur fitnah. Permohonan maaf itu merupakan antara usaha bagi meredakan kontroversi yang disifatkan sebagai antara krisis terburuk dialami penyiar awam itu sejak beberapa tahun lalu. Menurut laporan BBC News, jurucakap BBC memaklumkan peguam badan penyiaran tersebut sudah mengutuskan surat maklum balas kepada pasukan guaman…










