TAWILA: Penduduk yang melarikan diri dari bandar al-Fashir mendedahkan pengalaman ngeri menyaksikan serangan berasaskan etnik militan Rapid Support Forces (RSF), yang menyasarkan orang awam kerana suku kaum dan warna kulit mereka. RSF yang berperang dengan tentera Sudan sejak April 2023 menawan kubu terakhir mereka di Darfur barat pada 26 Oktober lalu. Sejak itu, laporan mengenai pembunuhan beramai-ramai, keganasan etnik, penculikan dan serangan seksual terus muncul. Organisasi hak asasi manusia turut…










