WASHINGTON: Pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat (AS) mengarahkan semua model pesawat kargo yang terlibat dalam kemalangan ketika berlepas di Kentucky pada Selasa untuk menangguhkan operasinya. Langkah ini diambil selepas sebuah pesawat Boeing MD-11 yang dikendalikan oleh UPS terbakar di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Louisville sebelum melanggar premis perniagaan berhampiran, menyebabkan 14 orang maut. Syarikat penghantaran AS itu sebelum ini menyatakan ia tidak akan menggunakan pesawat tersebut sehingga siasatan dijalankan dan…










