TEL AVIV: Amerika Syarikat (AS) merancang membina pangkalan tentera bernilai AS$500 juta (RM2 bilion) di kawasan sempadan Gaza bagi memantau pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di wilayah Palestin.. Akhbar harian Yedioth Ahronoth memetik pegawai Israel sebagai berkata, Washington berhasrat menubuhkan pangkalan berskala besar berhampiran sempadan Gaza, langkah yang dianggap sebagai peningkatan ketara penglibatan ketenteraan AS di Israel. Menurut laporan itu, pangkalan tersebut akan menempatkan pasukan petugas antarabangsa yang dipersetujui dalam perjanjian…










