WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju untuk menghidupkan semula saluran komunikasi ketenteraan bagi mengelakkan konflik dan mengurangkan ketegangan antara kedua-dua negara. Perkara itu diumumkan Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth susulan pertemuan bersejarah antara pemimpin kedua-dua negara, Donald Trump dan Xi Jinping di Korea Selatan pada Khamis lalu. “Menteri Pertahanan China, Dong Jun dan saya bersetuju keamanan, kestabilan dan hubungan baik adalah jalan terbaik bagi negara kita yang hebat dan…










