RIYADH: Kredibiliti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semakin dipersoalkan susulan kelemahan Majlis Keselamatan (UNSC), konflik berterusan di Gaza serta tuduhan kegagalan bertindak. Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric, mengakui kelemahan badan itu merosakkan ‘jenama PBB’. “Kita melihat kekurangan kesatuan dialam UNSC, bukan sahaja mengenai Gaza, tetapi juga Ukraine dan Syria ketika rejim Bashar al-Assad berkuasa, serta Sudan. Semua ini menjejaskan jenama PBB,” katanya dalam program hal ehwal semasa Arab News, Frankly…