ANKARA: Kerajaan Turkiye mengutuk keras tindakan Israel memintas dan menyerbu flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza di perairan antarabangsa, menyifatkan tindakan itu sebagai satu bentuk “keganasan” yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa serta mengancam nyawa orang awam. Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Turkiye, insiden itu dianggap sebagai serangan terhadap aktivis keamanan yang membawa bantuan perubatan dan makanan untuk penduduk Gaza. Turkiye menegaskan bahawa perbuatan tersebut mencabuli prinsip kemanusiaan…