WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa memberi amaran sebahagian kakitangan kerajaan yang diarahkan bercuti semasa penutupan kerajaan (shutdown) mungkin tidak akan menerima bayaran balik gaji tertunggak sekiranya beliau merasakan mereka “tidak layak” untuk dibayar. Kenyataan itu dibuat ketika Trump ditanya oleh wartawan berkenaan satu draf memo dari Rumah Putih yang mencadangkan seramai 750,000 kakitangan yang dijangka dicutikan (furloughed) tidak dijamin akan menerima bayaran tertunggak apabila kembali bekerja…