LONDON: Menteri Ekonomi Ireland Utara, Caoimhe Archibald, berdepan cabaran undang-undang susulan keputusannya mengecualikan wilayah itu daripada rundingan perdagangan antara United Kingdom (UK) dan Israel, serta arahannya agar pegawai tidak membantu syarikat yang membekalkan senjata kepada negara tersebut. Menurut laporan The Independent pada Sabtu, surat protokol pratindakan sudah dihantar oleh kumpulan pemikir pro-Union, Unionist Voice Policy Studies (UVPS), yang mendakwa tindakan menteri dari parti Sinn Féin itu melampaui kuasa yang dimilikinya…