DOHA: Kementerian Luar Qatar mengecam tindakan Israel memintas kapal-kapal Global Sumud Flotilla dan menyifatkan rampasan besar-besaran itu sebagai ancaman kepada keselamatan maritim dan kebebasan pelayaran. Dalam satu kenyataan, kementerian itu menyeru pembebasan segera mereka yang ditahan dan menuntut pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. “Kementerian mengulangi seruan Qatar kepada masyarakat antarabangsa supaya menunaikan tanggungjawab moral dan undang-undang mereka dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelanggaran berterusan undang-undang antarabangsa oleh pihak…