Proses bersihkan Gaza daripada bahan letupan ambil masa 30 tahun - Utusan Malaysia

Proses bersihkan Gaza daripada bahan letupan ambil masa 30 tahun

KEPULAN asap kelihatan selepas tentera Israel melancarkan serangan udara di tengah Gaza kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Proses melupuskan semua bahan letupan yang tidak meletup di permukaan tanah di Gaza dijangka mengambil masa antara 20 hingga 30 tahun, menurut seorang pegawai kumpulan bantuan Humanity & Inclusion.

Lebih 53 orang maut dan ratusan cedera akibat sisa letupan dari perang Israel-Hamas selama dua tahun, menurut pangkalan data yang diketuai PBB.

Gencatan senjata yang dimediasi Amerika Syarikat bulan ini menimbulkan harapan usaha besar untuk menyingkirkan bahan letupan di tengah-tengah berjuta-juta tan runtuhan boleh dimulakan.

“Jika bercakap tentang pembersihan sepenuhnya, ia tidak akan berlaku, ia berada di bawah tanah. Kita akan menjumpainya untuk generasi akan datang,” kata Nick Orr, pakar Penghapusan Bahan Letupan dari Humanity & Inclusion, sambil membandingkan situasi itu dengan bandar-bandar di Britain selepas Perang Dunia Kedua.

“Pembersihan permukaan itu boleh dicapai dalam satu generasi, saya fikir antara 20 hingga 30 tahun. Ia akan menjadi usaha kecil untuk menangani masalah yang sangat besar,” katanya.

Orr yang beberapa kali ke Gaza semasa perang, akan mengetuai pasukan tujuh orang organisasinya untuk mengenal pasti sisa peperangan di infrastruktur penting seperti hospital dan premis pembakar roti bermula minggu depan.

Namun, kumpulan bantuan masih belum diberi kebenaran menyeluruh dari Israel untuk mula menyingkirkan bahan letupan atau mengimport peralatan yang diperlukan.

Beliau turut menyokong kewujudan pasukan keselamatan sementara seperti yang termaktub dalam pelan gencatan senjata 20 mata, bagi membolehkan pekerja kemanusiaan menjalankan tugas mereka dengan selamat di Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN